SMK St. John Tuaran
Peti Surat 248 
89208 TUARAN, SABAH. 
No. tel: 088-788354, No. Faks: 088-793601



__________________________________________________________________________________




Geografi ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja"graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta. Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abadke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

BAB 5: PETA

1. Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar di permukaan bumi yang dilihat dari udara.

2. Peatdibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
(a) atlas; (b)peta lakar;
(c) peta topografi; (d) pelan.


3. Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.


4. Ciri geografi dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) ciri fizikal; (b) ciri budaya.


5. Ciri fizikal ialah ciri semula jadi.
Contohnya: 
(a) Sungai (b) Konutr (c) Tasik (d) Rumput (e) Hutan (f)Hutan (g) Paya air masin


6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya: 
(a) Getah (b) Kelapa sawit (c) Kelapa (d) Petempatan (e) Jalan kereta api (f) Masjid


7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam 
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah 
T.A. = Tali air 
W.P. = Wakil Pos 
Pdg. = Padang 
B.P. = Balai Polis 
Kg. = Kampung 
P.D. = Pejabat Daerah 
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan 
K. = Kuala 
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos 
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos 


8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu


9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.


10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.
(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.

BAB 4: GRAF



1. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat, iaitu kaedah pemerhatiantemu bualbancisoal selidik/ tinjau siasat/surveydan rujukan perpustakaan.

2. Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat melalui cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang hendak dikumpulkan.


3. Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.


4. Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung.


5. Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/ survey dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai.


6. Untuk membina jadual, maklumat-maklumat yang direkod dihimpunkan mengikut persamaan dan kekerapannya.


7. Setelah data dan maklumat diperole, graf bolehlah dilukis.


8. Graf adalah lukisan yang menunjukkan dara atau maklumat yang disampaikan dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan.


9. Graf bar mudah terdiri daripada beberapa bar yang dilukis secara menegak atau mendatar.


10. Tinggi bar menunjukkan kuantiti sesuatu data.


11. Graf bar mudah sesuai digunakan unuk menunjukkan data tentang jumlah sesuatu ciri seperti jumlah hujan tahunan,jumlah penduduk mengikut umur, dan jumlah pengeluaran barangan.

12. Graf garisan mudah merupakan graf yang menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu.

13. Graf garisan mudah sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan yang berterusan seperti perubahan suhu sepanjang tahun.

BAB 3: SKALA DAN JARAK

1. Skala digunakan untuk menentukan jarak antara dua tempatdalam peta.
2. Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti jarak yang sebenarnya di permukaan bumi.
3. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.


Contohnya:


     0             1             2             3             4km
l              l              l              l              l
1 sentimeter mewakili 3 kilometer pada permukaan bumi.

4. Jarak ialah jauhnya antara dua tempat. Jarak dapt diukur daripada segi:
(a) jauh;
(b) masa;
(c) kos.

5. Jarak dapat dinyatakan daripada segi:
(a) jarak mutlak, iaitu jarak yang diukur dalam unit meter (m) atau kilometer (km);
(b) jarak relatif, iaitu jarak yang diukur daripada segi masa dan kos.

6. Jarak daripada segi masa dinyatakan dalam jam dan minit, manakala jarak daripada segi kos dinyatakan dalam unit ringgitdan sen.

BAB 2: ARAH

1. Arah digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.

2. Arah dapat ditentukan berpandukan:
(a) arah matahari terbit dan terbenam;
(b) bintang-bintang pada waktu malam;
(c) arah mata angin kompas.


3. Arah mata angin utama dalam kompas megnetik ialah utara(U),timur(T)selatan(S), dan barat(B).


4. Arah mata angin perantaraan antara empat arah mata angin utama termasuklah: 

(a) timur laut, iaitu antara utara dengan timur;
(b) tenggara, iaitu antara timur dan selatan;
(c) barat laut, iaitu antara utara dan barat;
(d) barat daya, iaitu antara barat dengan selatan.

5. Untuk menentukan arah mata angin dengan berpandukan matahari, tangan kanan bolehlah dihalakan ke arah matahari terbit. Dengan berbuat begitu, seseorang akan menghadao ke utara, dibelakangnya selatan, tangan kiri menunjuk ke arah barat dan tangan kanan menunjuk ke arah timur.


6. Arah mata angin dapat ditentukan dengan lebih mudah dengan menggunakan kompas magnetik.


7. Kompas ialah sejenis alat yang dibuat daripada logam. Jarumnya dibuat daripada magnet.


8. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara akibat tarikan magnet dan Kutub Utara Bumi.


9. Panduan menggunkan kompas di lapangan:
(a) Pilih satu titik rujukan.
(b) Letakkan kompas magnetik pada permukaan yang rata.
(c) Pastikan tiada besi atau magnet yang memesongkan jarum.
(d) Orientasikan kompas, pusingkan kompas magnetik ke huruf U dan bertindan dengan jarum.
(e) Tentukan arah objek.

KANDUNGAN PENTING PMR


TEMA / TAJUK
MUKA SURAT  
( BUKU TEKS )

CATATAN

BENTUK MUKA BUMI & POTENSINYA



1.   Bentuk muka bumi



  • Bentuk muka bumi & saliran
44-45
Peta 6.1
  • Sistem gunung lipat
47-48
Konsep, Rajah 6.2
Peta 6.2
  • Kawasan pinggir laut
50
Rajah 6.3 & 6.4
  • Saliran
52-54
Peta 6.3, Rajah 6.5(a-f)
  • Profil panjang & rentas sungai
55
Rajah 6.6
2.       Potensi & halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.



  • Kepentingan kawasan tanah tinggi di Malaysia
61
Foto 7.4
  • Kepentingan tanah pamah di Malaysia
62
Rajah 7.1
  • Kepentingan kawasan pinggir laut di Malaysia
64
Foto 7.9
  • Kepentingan saliran di Malaysia
66
Rajah 7.2
  • Kepentingan cerun bukit di Pulau Jawa
69
Foto 7.15
  • Kepentingan sungai di Thailand
70
Foto 7.16
  • Kepentingan Tasik Tonle Sap di Kampuchea
71

  • Halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia
73

  • Langkah-langkah mengurangkan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia
74
Rumusan (75)
3.   Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar



  • Kesan kegiatan manusia
78-79
Foto 8.1 & 8.2
  • Langkah mengurangkan kesan
80-82
Info, Foto 8.5 & Rumusan

PERGERAKAN BUMI DI DALAM SISTEM SURIA



4.   Pergerakan Bumi


  • Putaran bumi
85
Rajah 9.2 & 9.3
  • Peredaran bumi
85
Rajah 9.4 & Rumusan (88)
  • Cuaca & iklim
90-102
Peta 9.1, Rajah 9.7, Rajah 9.8
  • Faktor mempengaruhi cuaca & iklim
100
Rajah 9.10 & 9.11
Rumusan
5.   Pengaruh Cuaca & Iklim Terhadap Kegiatan Manusia



  • Pembahagian zon iklim dunia
105
Rajah 10.1 & Peta 10.1
  • Cara Hidup Penduduk (Gurun Thar, Siberia & Greenland)
106- 112
Rumusan (113)
  • Pengaruh cuaca & iklim terhadap kegiatan ekonomi Malaysia
116-118
Rumusan (118)


6.   Pengaruh Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim



  • Jerebu, Hujan asid, Penipisan lapisan ozon, Pulau haba bandar, Kesan rumah hijau
120-123
Foto 11.1, Foto 11.2,
Rajah 11.1, Rajah 11.2
Rajah 11.3, Rajah 11.4
Rumusan (125)

TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI & HIDUPAN LIAR



7.   Jenis dan taburan TSJ & HL



  • Taburan (ciri-ciri utama TSJ)
131-137
Peta 12.1
Rajah 12.1, Rajah 12.2
Rajah 12.3, Rajah 12.4
Rumusan
8.   Faktor Yang Mempengaruhi TSJ & HL



  • Faktor-faktor mempengaruhi
143
Rumusan
  • Jenis TSJ & HL di negara-negara lain
146-154
Peta 13.1,
Foto 13.4, Foto 13.5
Jadual 13.2, Jadual 13.3
Rumusan (154)
9.   Kepentingan Tumbuh-Tumbuhan Semula Jadi



  • Kepentingan


156-164
Rajah 14.1
Foto 14.1
Rumusan (164)
10.   Kesan Kegiatan Manusia Terhadap TSJ & HL



  • Kesan
167-169
Jadual 15.1
Rumusan (169)
11.   Pemeliharaan & Pemuliharan TSJ & HL



  • Langkah-langkah pemeliharaan & pemuliharaan

172-176
Rumusan (176)

NOTA
BAB 1: KEDUDUKAN
BAB 2: ARAH
BAB 3: SKALA DAN JARAK
BAB 4: GRAF
BAB 5: PETA
BAB 6: BENTUK MUKA BUMI
BAB 7: POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI KEPADA KEGIATAN MANUSIA
BAB 8: KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR
BAB 9: PERGERAKAN BUMI DALAM SISTEM SURI
BAB 10: PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
BAB 11: PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM
BAB 12: JENIS DAN TABURAN TUMBUH- TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR