BAB 1: KEDUDUKAN

KEDUDUKAN
Pengenalan


1.Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.
2. Kedudukan terdiri daripada dua jenis, iaitu kedudukan mutlak dan kedudukan relatif.
3. Kedudukan mutlak ditentukan dengan menggunakan koordinat, manakala kedudukan relatif     ditentukan dengan menggunakan titik rujukan.
4. Kedudukan berdasarkan koordinat merujuk kepada lajur dan baris.
5. Kedudukan relatif ialah cara menentukan kedudukan sesuatu tempat yang tertentu dengan     merujuk kepada satu titik rujukan.
Koordinat
1. Koordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan                   sesuatu tempat.
2. Garisan menegak pada pelan atau peta dikenal sebagai lajur, manakala garis mendatar pula     dikenal sebagai baris.
3. Setiap lajur dinomborkan dari kiri ke kanan dan baris dinomborkan dari hadapan ke                   belakang.
4. Lajur dinyatakan terlebih dahulu, diikuti dengan baris.
Kedudukan dalam Kelas Berdasarkan Koordinat.
1. Berdasarkan Rajah di bawah kedudukan pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu Cerdik adalah     seperti berikut.
Tempat duduk pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cerdik dalam kelas.
(a) Kedudukan  Ani ialah di lajur ketiga dan baris pertama. Koordinat tempat duduk Ani ialah          0301.
(b) Kedudukan Chandran ialah di lajur kelima dan baris kedua. Koordinat tempat duduk                   Chandran ialah 0502.
2. Koordinat tempat duduk pelajar-pelajar lain adalah seperti berikut.
Koordinat tempat duduk beberapa orang pelajar Tingkatan Satu Cerdik
Koordinat tempat duduk beberapa pelajar Tingkatan Satu Cerdik melalui rajah.
Kedudukan di Lapangan Berasaskan Koordinat.
1. Koordinat dapat juga digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat atau ciri           geografi di kawasan yang lebih luas.
2. Berdasarkan Rajah di bawah, kedudukan beberapa ciri terpilih adalah seperti yang berikut.
(a) Kedudukan sekolah ialah di lajur kelima dan baris kedua. Koordinat sekolah ialah 0502.
(b) Kedudukan tasik ialah di lajur ketujuh dan baris kelima. Koordinat tasik ialah 0705.
3. Koordinat tempat letak ciri geografi yang lain ialah seperti yang berikut.
 Kedudukan beberapa ciri terpilih
Kedudukan Relatif
Kedudukan Relatif dalam Kelas
1. Kedudukan relatif ditentukan dengan merujuk kepada suatu titik rujukan.
2. Berdasarkan Rajah di bawah tempat duduk Anis dijadikan titik rujukan Contohnya:
(a) Musa duduk di belakang Anis;
(b) Aizat duduk di hadapan Anis;
(c) Wani duduk di sebelah kiri Anis;
(d) Choo duduk di sebelah kanan Anis;
Kedudukan relatif tempat duduk pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cemerlang di dalam kelas.
Kedudukan Relatif di Lapangan
1. Kedudukan relatif digunakan juga untuk menentukan kedudukan ciri-ciri geografi atau             sesuatu tempat yang lebih luas.
2. Berdasarkan Rajah di bawah kedudukan ciri-ciri geografi terpilih adalah seperti yang                 berikut.
(a) Padang terletak di hadapan rumah Adi.
(b) Rumah Shanti  terletak di belakang rumah Mail.
(c) Masjid terletak di sebelah kiri kedai.
(d) Sekolah terletak di sebelah kanan kedai.
(e) Rumah Rose terletak di sebelah kiri rumah Shanti.

14 comments:

Unknown said...

very interesting

Pandaleader said...

Thanks

Anonymous said...

tqsm

Carle said...

thx ...

Anonymous said...

great discription

Unknown said...

Great information
THX

Qudsi Falkhi said...

Inspiratif... trims idenya :)

Unknown said...

great information

Unknown said...

nice,

Thepasha Suresh said...

Yes a great information ������

....... said...

ssuuppeerrbbbbbbbbbbbb

Life Insurance and Takaful Malaysia said...

wow! amazing! the best explanation in the universe.

Anonymous said...

How to know which is hadapan if there are no roads

farid said...

Not quite sure about the point of reference!
Juga possible.... Rumah Rose di sabelah kanan rumah Shanti.

Post a Comment